PBB Prihatin Kemerosotan Kualiti Udara Di Asia Tenggara

Diterbitkan: Ahad, 23 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.

Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.

Noelen Heyzer, setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Rantau Asia dan Pasifik (ESCAP) yang berpejabat di Bangkok, berkata masalah berkaitan pencemaran udara antara Indonesia dan Singapura ketika ini "memberi petanda bahawa cabaran lebih meluas yang akan muncul di negara terbabit (di rantau itu)."

Sejajar dengan itu, beliau menyeru kerajaan di rantau itu supaya memberi keutamaan terhadap isu kualiti udara dan kesihatan manusia.

"Pencemaran rentas sempadan adalah sesuatu yang kompleks dari segi politik, namun ia perlu ditangani dengan segera. Kita memerlukan rangka kerja lebih berkesan untuk mengurus perkhidmatan ekosistem seperti udara dan air, yang melangkaui sempadan pentadbiran dan politik," katanya.

Beliau berkata perkara itu merupakan isu serantau yang perlu ditangani di peringkat serantau, nasional dan tempatan.

Menurut ESCAP, jumlah kematian akibat pencemaran yang berpunca daripada kenderaan, industri dan kegiatan penghasilan tenaga di bandar raya Asia adalah tinggi, dengan anggaran 500,000 kes kematian pramatang berlaku setiap tahun.

Heyzer berkata oleh kerana kesihatan merupakan faktor utama dalam pembangunan", maka sebuah rantau yang lebih lestari perlu dibina dengan memberi keutamaan terhadap langkah mencegah "pencemaran udara, air dan makanan serta barangan lain yang menjadi kegunaan bersama di rantau ini".

Beliau berkata pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan hanya merupakan suatu pembaziran jika pada waktu yang sama, sumber paling asas daripada alam sekitar yang begitu penting bagi kesihatan manusia, dimusnahkan.

Pengeluaran karbon dioksida menjadi topik utama dalam perbincangan berkaitan kualiti udara di peringkat serantau dan global berikutan perubahan iklim yang semakin teruk.

Heyzer berkata ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara isu paling serius dan berat berkaitan pencemaran udara yang berisiko menyebabkan penyakit jantung, paru-paru dan kanser.

"Komitmen kami terhadap pembangunan lestari di rantau Asia dan Pasifik akhirnya bergantung pada sejauh mana respons diberi terhadap isu ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan