Susilo Perintah BNPB Segera Ketuai Operasi Tangani Bencana Asap

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah memerintahkan Badan Nasional Pengurusan Bencara (BNPB) Indonesia segera mengetuai operasi menangani bencana asap akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan seluas 850 hektar di Riau, Sumatera yang telah berlaku hampir seminggu.

Bencana asap itu telah menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan di negara jiran Singapura dan bahagian selatan Malaysia setelah kawasan yang terjejas itu mengalami cuaca berjerebu.

Ketua BNPB, Syamsul Maarif telah memberi taklimat kepada Susilo tentang tiga strategi yang diambil bagi menangani bencana itu termasuk pemadaman kebakaran tanah gambut dan hutan di daratan dan pemadaman dari udara dengan cara bom air menggunakan helikopter serta hujan buatan dengan menggunakan pesawat.

Satu lagi strategi ialah ialah penerangan kepada masyarakat dan tindakan undang-undang, kata BNPB dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ketua BNPB itu telah menyelaraskan operasi itu dengan Menteri Penyelaras Bidang Kesejahteraan Rakyat Agung Laksono, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono dan Ketua Polis Indonesia Jen Timur Pradopo.

"Hari ini Jumaat, dua pesawat Casa 212 akan diterbangkan ke Pekanbaru, iaitu pesawat TNI Angkatan Udara (TNI AU) dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma dan pesawat Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) yang pada masa ini berada di Banjarmasin (Kalimantan Selatan). "Pesawat Hercules C-130 TNI AU juga dipersiapkan untuk membantu operasi hujan buatan itu," katanya.

Pesawat tentera udara Indonesia itu dijadual diterbangkan petang ini dari Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung ke Pekanbaru, Riau, jika pemasangan peralatan selesai dilakukan.

BNPB berkata bahan semaian hujan buatan telahpun dihantar ke Pekanbaru malam tadi bersama petugas dan peralatan untuk menyokong operasi hujan buatan itu manakala untuk operasi bom air, dua buah helikopter digunakan.

Agung Laksono pada Khamis berkata operasi hujan buatan dilaksanakan dengan kerjasama BNPB, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) serta BPPT.

Sehingga kini operasi yang dijalankan hanya dapat memadamkan kebakaran di kawasan hutan dan tanah gambut seluas 650 hektar daripada 850 hektar kawasan hutan yang mengalami kebakaran. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan