Tiga Maut Tembak Menembak Dalam Kondominium di Kentucky

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOUISVILLE: Polis berkata, tiga maut dan seorang cedera dalam kejadian tembak menembak di sebuah bangunan kondominium di Louisville, Kentucky, pada Selasa.

Jurucakap polis, Dwight Mitchell, berkata kejadian berlaku di dalam sebuah apartmen namun tidak menjelaskan suspek yang terbabit.

Beliau juga enggan mendedahkan umur mangsa dan hanya berkata siasatan masih dijalankan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

Kompleks kondominium itu kebanyakannya dihuni oleh golongan kelas pertengahan dan ia berdekatan dengan Bellarmine University. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan