Budak Perempuan Maut Dipijak Gajah - Berita Dunia | mStar

Budak Perempuan Maut Dipijak Gajah

Diterbitkan: Rabu, 19 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut dipijak seekor gajah selepas kanak-kanak itu melarikan diri dari rumahnya di tenggara Nepal, kata polis pada Selasa.

Tiga anggota keluarga budak perempuan itu berjaya melarikan diri ketika gajah itu merempuh rumah mereka pada malam Selasa tetapi yang paling bongsu tidak berjaya menyelamat diri ketika itu, kata pegawai polis, Pralhad Keshari kepada AFP.

Keshari berkata, polis memburu gajah tersebut berikutan serangan haiwan itu di rumah di sebuah ladang dekat Dholbazar, sebuah perkampungan di sempadan India, kira-kira 370 kilometer tenggara Kathmandu.

Nepal menyaksikan peningkatan kes serangan terhadap manusia yang mengakibatkan kematian, ekoran penebangan pokok-pokok yang memaksa hidupan liar memasuki kawasan perkampungan untuk mencari makanan.

Bulan lepas, dua orang terbunuh dibaham seekor harimau di tengah Nepal. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan