Protes: Puluhan Ditahan Dalam Serbuan Polis Di Turki

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANGKARA: Laporan berita Turki berkata, polis mengadakan serbuan dan menahan mereka yang merupakan suspek yang terlibat dalam keganasan terhadap anggota polis semasa protes anti kerajaan.

Televisyen NTV berkata, serbuan di Angkara dan Istanbul itu menyasarkan kumpulan bersayap kiri.

Agensi Anadolu berkata, sekurang-kurangnya 25 orang ditahan di Angkara dan ramai yang lain ditahan di Istanbul.

Terdahulu, polis menahan berpuluh-puluh orang yang berdiri di Dataran Taksim di Istanbul yang membantah pihak berkuasa di bawah pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan selepas aktivis itu diminta meninggalkan daripada perhimpunan duduk di sebuah taman pada hujung minggu lalu. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan