Krew Al-Jazeera Ditahan Ketika Buat Liputan Di Niger - Berita Dunia | mStar

Krew Al-Jazeera Ditahan Ketika Buat Liputan Di Niger

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAKAR, Senegal: Rangkaian Al-Jazeera berkata, sekumpulan wartawannya telah ditahan selama tiga hari di timur Niger ketika mereka sedang membuat satu liputan berita.

Rangkaian yang dimiliki Qatar itu berkata, kesemua mereka ketika ini tidak didakwa atas sebarang jenayah, tetapi masih ditahan dalam keadaan yang kasar selepas mereka ditahan di bandar Zinder.

Menteri Keadilan Niger, Marou Amadou memberitahu The Associated Press bahawa Al-Jazeera gagal untuk mendapatkan akreditasi yang betul, di mana ia bukan sahaja visa tetapi juga pengesahan daripada kementerian komunikasi.

Amadou berkata, koresponden, jurukamera dan penerbit telah mendapatkan visa mereka di Kano, Nigeria.

Beliau berkata, kesemua mereka terus bertugas tanpa mendapatkan akreditasi media di ibu negara Niger, di mana katanya ia adalah satu tindakan yang salah. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan