Sebar Fitnah, Tiga Blogger Ditahan Dalam Tempoh Kurang Sebulan

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Polis Vietnam menahan seorang blogger yang didakwa menyebarkan maklumat palsu dan fitnah mengenai kerajaan komunis negara itu, lapor media tempatan.

Blogger berkenaan adalah individu ketiga yang ditahan dalam tempoh kurang sebulan susulan tindakan tegas terhadap perbezaan pendapat di negara terbabit.

Dinh Nhat Uy ditahan pihak polis di wilayah selatan Long An pada Isnin, lapor akhbar Thanh Nien.

Dia didakwa menyalahgunakan hak kebebasan demokrasi dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara hingga tujuh tahun.

Nhat Uy didapati menulis dan menyebarkan artikel palsu dan fitnah berkaitan kerajaan dalam blognya, menurut akhbar itu.

Terdahulu, seorang pelajar yang juga adik kepada blogger tersebut, Nguyen Kha dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun bulan lalu kerana menyebarkan propaganda menentang pemerintah negara itu.

Dua lagi blogger terkenal turut ditahan dalam tempoh tiga minggu lalu dalam pertuduhan yang sama.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan