Pelabur Malaysia Akan Bangunkan Hotel Syariah Di Lombok

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pelabur dari Malaysia, PT Al Hamra Internasional, sedang menyiapkan reka bentuk sebuah hotel syariah bertaraf lima bintang dilengkapi dengan 196 yang akan dibangunkan di Mataram, Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB).

"Reka bentuk itu seharusnya selesai dalam masa setahun berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 10 Jun lalu," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Protokol Sekretariat Negeri NTB Tri Budiprayitno yang dipetik agensi berita Antara sebagai berkata di Mataram, pada Ahad.

Beliau berkata Kerajaan Wilayah NTB memberi kepercayaan kepada syarikat PT Al Hamra untuk membangunkan hotel syariah itu dengan sokongan dana dari pelabur berjumlah Rp75.4 bilion.

Kerajaan NTB pula melabur dana berjumlah lebih Rp5.4 bilion dan akan mendapat royalti dari pelabur bernilai lebih Rp74.7 bilion dalam masa 30 tahun.

"Kerjasama itu diharapkan mampu meningkatkan pendapatan NTB sekali gus memberi kesan langsung pada kemajuan pembangunan negeri," katanya.

Hotel syariah itu akan dibangunkan di kawasan seluas 10 hektar dalam kawasan Pusat Islam yang terletak di sebelah bangunan Dewan Perwakilan Rakyat NTB.

Konsep bangunan yang akan dibangunkan oleh syarikat pelaburan dari Malaysia itu, bagaimana pun, perlu mendapat persetujuan Kerajaan Negeri NTB terlebih dahulu.

Hotel Syariah itu akan menjadi salah satu kemudahan sokongan kepada Pusat Islam itu, yang sedang dalam proses pembangunan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan