Pesawat Airbus A350 Mulakan Penerbangan Pertama

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pesawat Airbus A350. Foto EPA
Pesawat Airbus A350. Foto EPA

TOULOUSE, Perancis: Pesawat generasi berikutnya, A350 memulakan penerbangan ujiannya yang pertama pada Jumaat, sekali gus menandakan harapan syarikat pengeluar pesawat itu untuk mencabar pesawat 787 Dreamliner dari Boeing dalam pasaran jarak jauh yang menguntungkan.

Beratus-ratus penyokong bersorak ketika melihat pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Toulouse, Perancis bagi penerbangan selama empat jam.

Sama seperti pesaingnya Dreamliner, A350 menggunakan bahan komposit berasaskan karbon ringan bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan menjimatkan kos.

“Ia merupakan sesuatu yang begitu emosi bagi semua orang kerana kami telah berusaha untuk projek ini bertahun-tahun,” kata Frank Chapman yang merupakan salah seorang juruterbang simpanan yang akan menerbangkan pesawat itu pada fasa ujian penerbangan pada masa akan datang.

Beliau berkata, penerbangan itu akan diteruskan selepas sejam pelepasannya.

“Krew begitu gembira, orang ramai di lapangan terbang juga berpuas hati,” katanya.

Pesawat itu kini sedang menjalani tempoh ujian penerbangan di mana Chapman berkata, ia akan berlangsung selama lebih setahun sebelum pensijilan terhadapnya dilakukan.

Jika semuanya berjalan lancar, penyerahan pertama pesawat itu dijangka pada akhir 2014.

Syarikat penerbangan yang mengesahkan akan menggunakan pesawat itu setakat ini ialah Qatar Airways, British Airways dan syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific.

Mengenai langkah baru pertama bagi pesawat yang baru, Boeing mempunyai 833 tempahan untuk Dreamliner, berbanding Airbus dengan 613 tempahan untuk A350.

Pesawat Airbus A350 boleh membawa seramai antara 250 sehingga 350 dalam tiga jenis kelas tempat duduk, bergantung kepada jenisnya.

Terdapat tiga jenis pesawat A350 iaitu A350-800, A350-900 dan A350-1000.

Kos seunit bagi setiap jenis pesawat A350 ialah AS$245.5 juta (RM764.85 juta)(A350-800), A350-900, AS$277.7 juta (RM866.17 juta)(A350-900) dan AS$320.6 juta (RM998.82 juta)(A350-1000).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan