Feri Terbalik Di India, Dua Maut, 25 Hilang

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOLKATA: Sebuah feri yang lebih muatan terbalik di Barat Bengal di India pada Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan 25 yang lain hilang, kata seorang pegawai.

“Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 25 lagi hilang selepas sebuah feri terbalik di Ganges,” kata Sabitri Mitra, seorang menteri yang meninjau operasi menyelamat, kepada AFP ketika dihubungi.

Mitra berkata, feri lebih muatan itu membawa lebih 45 penumpang serta dua ekor kerbau.

Beliau menambah, hujan lebat dan ombak kuat menyebabkan feri itu terbalik dan karam di sungai dekat daerah Malda, kira-kira 270 kilometer dari Kolkata.

“Penduduk tempatan terjun ke sungai untuk menyelamatkan para penumpang.

“Seramai 19 orang, termasuk seorang kanak-kanak yang diselamatkan setakat ini,” katanya. - AFP

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan