Nelson Mandela Masih Di Hospital Untuk Hari Kelima

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nelson Mandela. Foto AP
Nelson Mandela. Foto AP

JOHANNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela masih berasa di hospital untuk hari yang kelima.

Tokoh yang berusia 94 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru.

Dua anak perempuan Mandela dan bekas isterinya melawat beliau di hospital.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma memberitahu bahawa keadaan Mandela “amat serius” tetapi stabil.

Mandela dimasukkan di sebuah hospital di Pretoria, dan ia merupakan kali keempat beliau dimasukkan ke hospital untuk rawatan sejak Disember lalu. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan