Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Pada Usia 116 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jiroemon Kimura. Foto AFP
Jiroemon Kimura. Foto AFP

KYOTO: Manusia tertua di dunia, Jiroemon Kimura, dari Jepun, meninggal dunia pada usia 116 tahun, awal pagi Rabu.

Beliau yang juga lelaki tertua di dunia meninggal di hospital, lapor agensi berita Kyodo News.

Kimura, dari Kyotango di kawasan kediaman Kyoto, diikhtiraf oleh Guinness World Records sebagai manusia tertua pernah hidup di dunia pada Disember 2012 apabila seorang wanita di Amerika Syarikat meninggal dunia ketika berusia 115 tahun.

Pada tarikh 28 Disember, Kimura memecah satu lagi rekod menjadi lelaki tertua pernah hidup apabila dia mencecah usia 115 tahun dan 253 hari ketika itu.

Kimura meninggalkan tujuh anak, 14 cucu, 25 cicit dan 14 piut dan pernah bekerja di pejabat pos selama 40 tahun.

Selepas bersara, beliau bekerja di ladang sehinggalah umurnya pada 90 tahun. AFP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan