Rusia Tawar Perlindungan Kepada Pembocor Maklumat Rahsia Agensi Keselamatan Negara AS

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia pada Selasa menawarkan suaka politik kepada pembocor maklumat rahsia Agensi Keselamatan Amerika Syarikat, Edward Snowden tanpa syarat.

Snowden, 29, kini menjadi pelarian politik selepas dia mengaku bertanggungjawab membocorkan rahsia bagaimana kerajaan Amerika menerusi satu projek pengintipan besar-besaran mampu mengintip sesiapa sahaja di muka bumi ini yang menggunakan internet dan juga talian telefon.

Dia mengaku mendedahkan maklumat rahsia itu untuk mempertahankan hak individu setiap rakyat Amerika dan juga penduduk dunia.

Dengan sistem intipan paling canggih di dunia itu yang dibina dengan kerjasama firma teknologi yang merupakan majikan Snowden, tiada siapa pun lagi yang benar-benar terlindung daripada menjadi mangsa intipan Agensi Keselamatan AS.

Bekas pegawai teknikal komputer itu kini berada di Hong Kong setelah melarikan diri dari Hawaii di mana dia bekerja sebelum itu dan sedang menimbang sama ada untuk mencari perlindungan politik di Iceland.

Bagaimanapun Presiden Vladimir Putin telah menghulurkan tangan bersedia memberikan perlindungan itu kepada Snowden.

Jurucakap Putin, Dmitry Peskov dilaporkan oleh media massa Rusia sebagai berkata yang Rusia telah bersedia untuk menerima kedatangan Snowden jika dia membuat permintaan rasmi.

Snowden kini dikatakan telah pun keluar dari hotel penginapannya di Hong Kong sebaik sahaja selesai memberikan temuramah eksklusif kepada akhbar Britain, The Guardian hujung minggu lalu.

Kerajaan Amerika kini menerima desakan dan tekanan kuat daripada ahli-ahli kongres dan senat yang mahu Snowden diekstradiksi untuk dibawa pulang dan dibicarakan mengikut undang-undang Amerika.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan