1,800 Penerbangan Di Perancis Dibatalkan Ekoran Mogok Pekerja Menara Kawalan

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Lebih daripada 1,800 penerbangan sekitar Perancis terpaksa dibatalkan ekoran keputusan para pekerja di Menara Kawalan melancarkan mogok kerana membantah tindakan Kesatuan Eropah mahu memperkenalkan apa yang dipanggil 'Ruang Udara Tunggal Eropah'.

Mogok yang bermula pada Selasa itu akan berlangsung selama tiga hari.

Bukan itu sahaja, malah para petugas Menara Kawalan lapangan terbang di seluruh Eropah bercadang untuk mengambil tindakan yang serupa.

Selain Perancis, terdapat 11 negara lagi yang mengancam untuk mengambil tindakan yang sama.

Mereka bimbang, langkah memperkenalkan 'Ruang Udara Tunggal' itu akan mengancam masa depan pekerjaan mereka dan juga pemberhentian pekerja.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan