Polis Bosnia Tahan 50 Suspek Kerana Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SARAJEVO, Bosnia-Herzegovina: Polis Bosnia berkata, mereka telah menahan seramai 50 orang, termasuk 10 pegawai polis dalam satu operasi besar-besar di seluruh negara bagi membanteras jenayah rasuah dan terancang.

Dalam satu kenyataan pejabat pendakwa raya pada Isnin berkata, tindakan itu dilakukan secara serentak di 50 lokasi.

Kenyataan itu berkata, suspek telah menyeludup daging lembu ke Bosnia dari negara jiran Serbia sejak beberapa lama, sehingga mengaut keuntungan berjuta-juta.

Pendakwaan akan memutuskan langkah seterusnya selepas melakukan soal siasat ke atas setiap suspek. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan