Merpati Airlines Tergelincir Di Landasan, 46 Penumpang Selamat

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan bahagian belakang pesawat MA-60 yang dikendalikan oleh Merpati Airlines yang tergelincir di landasan sewaktu melakukan pendaratan di Lapangan Terbang El Tari di Kupang, Indonesia pada Isnin. Foto EPA
Keadaan bahagian belakang pesawat MA-60 yang dikendalikan oleh Merpati Airlines yang tergelincir di landasan sewaktu melakukan pendaratan di Lapangan Terbang El Tari di Kupang, Indonesia pada Isnin. Foto EPA

KUPANG, Indonesia: Sebuah pesawat MA-60 yang dikendalikan oleh Merpati Airlines tergelincir di landasan Lapangan Terbang El Tari di sini, Isnin.

Kesemua 46 penumpang bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.

Seorang pegawai lapangan terbang berkata, terdapat sebahagian penumpang yang cedera namun tiada kematian yang dilaporkan.

Ketua pihak berkuasa lapangan terbang, Imam Pramono berkata, pesawat enjin berkembar turbo MA-60 buatan China itu mengalami kesukaran sewaktu mendarat di Lapangan El Tari di Kupang.

Beberapa saksi berkata, sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan kesemua mereka dikejarkan ke hospital tentera udara.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Pada Mei lalu, sebuah lagi pesawat MA-60 yang diterbangkan oleh Merpati Airlines terhempas di laut timur Indonesia, mengorbankan kesemua penumpang. - AP

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan