China Lapor 131 Kes H7N9, 39 Kematian

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Setakat ini China melaporkan 39 kematian berkaitan dengan selesema burung H7N9, demikian menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancang Keluarga.

Sejumlah 131 kes H7N9 disahkan di tanah besar China sejak wabak itu dikesan akhir Mac 2013, kata pihak berkuasa kesihatan pada Ahad.

Daripada jumlah itu. 14 pesakit masih menerima rawatan di hospital-hospital manakala 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang, lapor agensi berita Xinhua.

Ia memetik suruhanjaya itu sebagai berkata kesemua kes virus H7N9 yang disahkan telah diasingkan dan tidak terdapat tanda jangkitan manusia kepada manusia.

Suruhanjaya itu berkata, tujuh kawasan wilayah termasuk Jiangsu, Zhejiang dan Anhui telah menamatkan respons kecemasan kepada H7N9. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan