Tentera Poland Terbunuh Di Afganistan

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WARSAW, Poland: Kementerian Pertahanan Poland berkata, seorang tenteranya terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di tepi jalan di Afghanistan.

Kementerian berkata, Ketua Koperal, Jan Kiepura cedera pada awal Isnin ketika melukan misi pemeriksaan keselamatan di wilayah Ghazni.

Beliau menerima rawatan segera tetapi bagaimanapun tidak dapat diselamatkan, kata Marek Pietrzak, jurucakap bagi Perintah Operasi kementerian itu.

Kiepura yang berusia 35 tahun merupakan tentera Poland yang ke-40 terbunuh di Afghanistan sejak 2007. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan