Nelson Mandela Masih Dirawat Di Hospital Kerana Jangkitan Paru-Paru

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela masih dirawat di sebuah hospital bagi hari kedua kerana mengalami jangkitan paru-paru.

Kerajaan negara itu berkata, Mandela yang berusia 94 tahun itu dibawa ke Hospital Pretoria selepas keadaan beliau bertambah buruk pada kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu (waktu tempatan).

Bagaimanapun, tiada perkembangan rasmi dilaporkan pada Ahad.

Keadaan beliau pada Sabtu adalah "serius tetapi stabil".

Pemimpin anti dasar apartheid itu telah dirawat di hospital sebanyak empat kali sejak Disember lalu dengan kali terakhir pada 6 April lalu selepas doktor mendiagnosis beliau dengan radang paru-paru. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan