13 Mati, Berpuluh Hilang Bot Karam Dekat Australia

Diterbitkan: Ahad, 9 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seramai 13 orang disahkan mati dan berpuluh lagi dipercayai hilang selepas bot yang disyaki terlibat dalam sindiket perdagangan manusia karam di Christmas Island berdekatan Australia, kata pihak berkuasa hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Jason Clare berkata, pemantauan di udara menunjukkan serpihan kayu dan jaket keselamatan sehingga menemui 13 mayat dan operasi mencari dan menyelamat dijalankan bagi mengesan mereka yang terselamat.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dan kita cuba cari mereka yang terselamat," katanya. AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan