Angkasawan Wanita Pertama Bersedia Berlepas Sekali Lagi Ke Angkasa

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

STAR CITY, Russia: Valentina Tereshkova dari Rusia yang menjadi wanita pertama ke angkasa pada Jumaat berkata beliau sudah bersedia sekali lagi untuk berlepas ke Marikh.

"Marikh ialah planet kegemaran saya," katanya yang berusia 76 tahun itu pada sidang akhbar di Zvyozdny Gorodok (Star City) di luar Moscow yang menjadi pusat latihan angkasawan.

Tereshkova, menjadi heroin negara pada usia 26 tahun apabila beliau membuat penerbangan solo ke angkasa pada tahun 1963, berkata beliau telah menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mengkaji kemungkinan untuk pergi ke 'Planet Merah'.

"Tetapi kita tahu batas-batas manusia. Dan bagi kita ini masih kekal sebagai impian. Tetapi saya bersedia," katanya.

Pada 16 Jun ini, Rusia akan menyambut ulang tahun ke-50 penerbangan bersejarah Tereshkova ini.

Pada tahun 1961, angkasawan Soviet Yuri Gagarin menjadi orang pertama pergi ke angkasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan