Pegawai Negeri Suspek Kes Pukul Pramugari Tegur Matikan Telefon Bimbit

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang pegawai kerajaan di Badan Nasional Penyelarasan Penanaman Modal negeri Bangka Belitung dijadikan suspek oleh polis setelah beliau dilaporkan memukul seorang pramugari yang menegurnya supaya mematikan telefon bimbit ketika di dalam pesawat.

Lelaki itu bukan sahaja memukul pramugari bernama Febriani dari syarikat penerbangan Sriwijaya Air itu, malah beliau turut memaki hamun Febriani dalam kejadian ketika pesawat itu mendarat di lapangan terbang di Pangkalpinang, Bangka Belitung, pada Khamis, media tempatan melaporkan.

Berikutan kejadian itu Febriani membuat laporan polis.

Febriani hari ini banyak mendapat sokongan masyarakat di dunia maya dan laman sosial, termasuk melalui twitter dan para penyokongnya mengutuk perbuatan pegawai negeri itu yang mereka anggap sangat sombong selain boleh membahayakan keselamatan penerbangan itu.

Dalam kejadian itu, Febriani dilaporkan dipukul di pipi kiri dan bahagian belakang kiri kepalanya oleh penumpang berkenaan dengan menggunakan gulungan surat khabar. Ketika itu lelaki berkenaan ditegur supaya mematikan telefon bimbitnya ketika pesawat itu hendak mendarat.

Sementara itu pegawai negeri berkenaan mendakwa beliau hanya 'menempelkan' gulungan surat khabar yang sedang beliau baca itu ke pipi Febriani kerana tidak suka diberitahu secara kasar oleh pramugari itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan