Pengebom Berani Mati Serang Balai Polis Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

POSO, Indonesia: Seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali dikatakan membuat serangan bom berani mati di ibu pejabat polis di tengah Indonesia, kata polis pada Isnin.

Ketua Polis, Leftenan Kolonel Susnadi berkata, lelaki itu cuba untuk memasuki balai polis yang terletak di tengah bandar Sulawesi di Poso apabila bomnya meletup, yang menyebabkan dirinya terbunuh serta-merta.

Seorang pekerja binaan yang berada berhampiran terkena serpihan bom itu. Tiada polis yang cedera atau terbunuh.

“Lelaki itu cuba untuk melawan apabila para pengawal menghalangnya daripada memasuki pintu pagar,” kata Susnadi.

“Tetapi kira-kira 15 meter daripada pintu pagar, bom yang dibawanya meletup, berdekatan dengan masjid.

Susnadi berkata, lelaki berusia antara 30 dan 35 tahun. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan