9 Cedera Gempa Landa Utara Filipina

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.7 di utara Filipina menyebabkan sekurang-kurangnya sembiln cedera manakala lebih 30 rumah rosak akibat tanah runtuh.

Gebenor Wilayah Cotabato Utara, Emmylou Talino-Mendoza, berkata gempa lewat malam Sabtu turut menyebabkan jalan raya retak, merosakkan jambatan dan memutuskan bekalan air di dua perkamungan di pekan Carmen.

Katanya, sebuah sekolah di perkampungan Kimadzil rosak dengan penduduk masih dalam keadaan ketakutan berikutan gegaran susulan masih berlaku. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan