Kebakaran Gudang Bahan Api: Seorang Maut di Brazil

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Seorang maut dalam kebakaran di gudang menyimpan petroleum di utara Rio de Janeiro dan merebak ke kediaman berdekatan, kata pegawai pada Sabtu.

Enam tempat simpanan petroleum itu terbakar menyebabkan api setinggi 50 meter melonjak ke udara dan mengakibatkan asap tebal yang dapat dilihat dari jauh.

Mangsa seorang lelaki berusia 43 tahun yang bekerja di tapak berkenaan milik pengedar minyak, Petrogold.

Beliau dikejarkan ke hospital dengan 90 peratus daripada badannya terbakar tetapi meninggal dunia sejurus selepas itu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan