5 Pendaki Dipercayai Mati di Puncak Ketiga Tertinggi Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KATMANDU: Lima pendaki dilaporkan hilang dan dipercayai mati di atas puncak gunung ketiga tertinggi di dunia, kata pegawai Nepal.

Lima pendaki terbabit hilang sejak Isnin lalu di atas Gunung Kanchenjunga dan cuaca sejak menghalang helikopter penyelamat daripada sampai ke kem induk di situ.

Pegawai Jabatan Gunung, Dipendra Poudel berkata, pendaki itu sedang turun daripada puncak gunung berkenaan apabila mereka dipercayai terajtuh pada ketinggian 7,900 meter.

Dua pendaki adalah warga Hungary, dua Nepal dan seorang lagi Korea Selatan.

Gunung Kanchenjunga memiliki ketinggian 8,586 meter. - AP

iklan

Video

Selasa, 1 September 2015 10:39 AM

Sumbangan Buka Akaun PTPTN Bagi Anak Merdeka

Sabtu, 29 Ogos 2015 10:45 AM

Lelaki Dibakar Di Cerun

Jumaat, 28 Ogos 2015 12:01 AM

"Allah Duga Saya" - Mamat (Sepah)

Kolumnis

iklan

Iklan