Ibu Bapa Shane Tarik Diri Prosiding Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibu bapa Shane tidak yakin dengan ketelusan dalam siasatan siasatan kes kematian anak mereka.
Ibu bapa Shane tidak yakin dengan ketelusan dalam siasatan siasatan kes kematian anak mereka.

SINGAPURA: Ibu bapa kepada seorang jurutera warga Amerika Syarikat (AS) yang ditemui mati di Singapura tahun lalu berkata mereka tidak akan mengambil bahagian dalam prosiding siasatan ke atas kematian anak mereka.

Mereka mendakwa kematian itu ada kaitan dengan sebuah projek yang melibatkan pemindahan teknologi sensitif ke China.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam mereka, Rick dan Mary Todd berkata, mereka hilang keyakinan terhadap sistem dalam siasatan kematian anak lelaki mereka, Shane, 31.

Shane ditemui mati dipercayai dalam keadaan tergantung di pangsapurinya di Singapura pada Jun lalu.

Ibu bapa Shane tidak hadir ke mahkamah pada Rabu, sehari selepas seorang pemeriksa perubatan AS yang diupah mereka menarik balik kenyataan sebelum ini bahawa Shane Todd telah menggantung dirinya.

Mereka meninggalkan kes perbicaraan pada Selasa selepas koroner menolak permohonan mereka untuk menangguhkan keterangan oleh seorang saksi.

"Kami tidak lagi yakin dengan ketelusan dan keadilan dalam sistem siasatan itu. Bagi kami, keputusan itu telah ditetapkan terlebih dahulu," kata Todd dalam satu kenyataan yang dibacakan peguam mereka, Gloria James-Civetta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan