28 Mayat Ditemui Dalam Runtuhan Bilik Di Lombong

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Anggota penyelamat menemui kesemua 28 mayat daripada bilik bawah tanah yang runtuh di dalam kawasan perlombongan tembaga dan emas milik Amerika Syarikat (AS) di wilayah Papua di Indonesia.

Seramai 38 pekerja sedang menjalani latihan keselamatan di bawah bangunan Big Gossan itu apabila bumbungnya runtuh pada 14 Mei lalu.

Seramai 10 pelombong diselamatkan.

Menurut operator lombong PT Freeport Indonesia dalam satu kenyataan berkata, Pasukan Tindakan Kecemasan telah menemui dan mengenal pasti mangsa terakhir pada awal Rabu. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan