Malaysia Akan Berusaha Keras Untuk Duduki Kerusi Majlis Keselamatan PBB

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan berusaha keras untuk menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2015-2016 bagi membolehkannya memainkan peranan lebih berkesan dalam isu keselamatan antarabangsa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata walaupun beliau yakin negara anggota Asean akan memberi sokongan kepada Malaysia, tetapi memandangkan Malaysia merupakan satu-satunya negara anggota pertubuhan serantau itu yang bertanding, maka undi negara lain juga tidak kurang pentingnya.

"Kami tidak boleh memandang ringan. Kami perlu berusaha dengan tekun dan perlu mendekati serta menemui para pemimpin dari pelbagai negara untuk mendapatkan kerusi itu, walaupun saya yakin nama Malaysia disanjung tinggi di seluruh dunia," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Anifah berkata dengan menduduki kerusi UNSC, Malaysia boleh menghantar mesej jelas tentang keamanan dan hak semua negara untuk wujud secara beriringan dengan negara lain.

Sementara itu, beliau juga berkata adalah menjadi tanggungjawab kementerian itu untuk membersihkan nama Malaysia di luar negara berikutan tindakan pihak tertentu yang mencemarkan imej negara ini melalui pelbagai tuduhan dan taktik negatif, terutama berkaitan pilihan raya umum yang diadakan baru-baru ini. Mengenai 21 rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura kerana mengadakan bantahan berkaitan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, beliau berkata walaupun undang-undang negara itu perlu dihormati, namun adalah menjadi tanggungjawab kementerian yang diterajuinya untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Mengenai lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke Malaysia Oktober ini, Anifah berkata perkara itu perlu disahkan semula memandangkan jadual Obama mungkin berubah berikutan masalah dalaman.

Katanya Malaysia berazam untuk meningkatkan hubungan dengan jirannya, termasuk Singapura, Thailand dan Filipina. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan