Gempa Bumi Magnitud 6.0 Landa Semenanjung Kamchatka - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Magnitud 6.0 Landa Semenanjung Kamchatka

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Semenanjung Kamchatka, Russia awal pagi Selasa yang kemudian disusuli beberapa siri gempa bumi susulan yang kuat.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi pertama dikesan pada kedalaman 33 kilometer (km) pada jam 1.55 pagi (waktu tempatan), iaitu timur-tenggara bandar Petropavlovsk-Kamchatsky.

Katanya, ia disusuli tiga gempa susulan di mana gempa terkuat dicatatkan pada ukuran 5.9 magnitud dengan ke dalaman 44 km. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan