Bandar Oklahoma Ranap Dilanda Taufan, 91 Terkorban

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Bandar Oklahoma pada Isnin ranap dilanda ribut taufan yang kuat yang turut mengorbankan 91 nyawa.

Pejabat Kesihatan Negeri Oklahoma mengesahkan angka kematian tersebut tetapi dikhuatiri jumlah itu akan meningkat memandangkan masih banyak bangunan yang runtuh belum lagi digeledah untuk mencari mangsa yang tertimbus.

Dan salah satu daripada bangunan utama yang runtuh ialah sekolah rendah di bandar Moore yang terletak di Selatan ibu negeri ini.

Ketua Polis Moore, Jerry Sillings meminta orang ramai supaya menghindari kawasan yang ranap dan teruk dilanda kemusnahan kerana khuatir mereka akan terdedah kepada bahaya kebocoran gas, talian elektrik yang bocor dan bahaya-bahaya lain.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, KFOR, sekurang-kurangnya masih terdapat 24 kanak-kanak sekolah di bawah bangunan yang runtuh itu dan tujuh daripadanya disahkan terkorban.

Ribut taufan yang melanda negeri ini didapati mengikuti laluan yang sama dengan ribut pada bulan Mei 1999.

Seramai 44 orang terkorban dalam malapetaka itu.

Oklahoma City terletak dalam laluan apa yang dipanggil sebagai "Lembah Tornado".

Gabenor Oklahoma telah mengisytiharkan 21 wilayah sebagai wilayah kecemasan ekoran kejadian ini.

Di ibu negara Amerika, Washington DC, Presiden Barack Obama telah pun mengarahkan Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan supaya segera menyalurkan bantuan kepada Oklahoma.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan