Lapangan Terbang Melbourne Rancang Wujudkan Landasan Ketiga

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Lapangan Terbang Melbourne mempunyai perancangan untuk membina landasan ketiga, jalan baru dan hubungan rel yang akan membantu bandar raya itu menampung peningkatan sekali ganda bilangan penumpang.

Rancangan membina landasan ke-tiga itu, di bahagian selatan landasan sedia ada, dinyatakan di dalam draf pelan induk lapangan terbang itu, yang Sedang dipamerkan bagi mendapat ulasan orang ramai.

Australian Associated Press berkata, landasan itu akan menyebabkan pertambahan bunyi bising yang akan dialami oleh ribuan penduduk di sekitar Glasdstone Park, Jacana dan Broadmeadows, seperti yang dilihat pada unjuran laman web Lapangan Terbang Melbourne.

Pelan induk itu turut mencadangkan pembinaan jalan bertingkat sekitar lapangan terbang itu, di dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik.

Ketua Eksekutif Lapangan Terbang Melbourne, Chris Woodruff berkata, lapangan terbang itu perlu bersedia menampung 64 juta penumpang yang akan terbang masuk dan keluar dari Melbourne menjelang 2033, iaitu lebih dua kali angka semasa.

Pelan itu menyokong pembinaan hubungan rel tetapi tidak menjangka pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Orang ramai mempunyai 60 hari untuk mengulas pelan draf itu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan