Polis China Tahan Lelaki Ancam Letup Pesawat

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang lelaki yang dipercayai membuat panggilan palsu mengenai ancaman bom dan menjejaskan jadual penerbangan pesawat di lima bandar raya China, ditahan di Yancheng City, Wilayah Jiangsu, China pada Jumaat, kata pegawai China, Sabtu.

Agensi berita kerajaan Xinhua melaporkan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kerana membuat panggilan kononnya beberapa butir bom dipasang di dalam pesawat yang akan berlepas ke Shanghai.

Pangilan itu menjejaskan lima penerbangan yang dijadual berlepas dari Beijing, Chongqing, Shanghai, Tianjin dan Guangzhou pada Jumaat.

Suspek, yang ditahan selepas polis memulakan siasatan, mengaku membuat panggilan palsu. Ini merupakan ancaman bom palsu dalam tempoh seminggu.

Pada Khamis, seorang lelaki ditahan kerana membuat panggilan serupa yang menjejaskan lima penerbangan ke Shenzhen dan Xi'an dari beberapa bandar raya termasuk Beijing, Nanjing dan Shanghai.

Xinhua melaporkan sekurang-kurangnya 10 ancaman bom palsu dilaporkan di China tahun lepas, yang mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

Pentadbiran Penerbangan Awam China berkata mereka yang melakukan jenayah itu boleh dikenakan hukuman hingga 15 tahun penjara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan