Letupan Bom di Afghanistan: 9 Maut, 60 Cedera - Berita Dunia | mStar

Letupan Bom di Afghanistan: 9 Maut, 60 Cedera

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANDAHAR: Dua ledakan bom kereta serentak lewat petang Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya sembilam maut manakala lebih 60 lagi cedera.

Letupan bom itu berlaku di satu kawasan perumahan di selatan Afghanistan yang dikaitkan dengan milik keluarga Presiden Hamid Karzai.

Dua letupan selang beberapa minit itu berlaku di kawasan Aino Mina, berdekatan sebuah kpmpleks pasar raya di pinggir bandar Kandahar.

Bandar baru berkenaan dibina pada 2002 oleh beberapa pelabur termasuk abang kepada Karzai, Mahmoud Karzai, seorang ahli perniagaan.

Sasaran letupan dipercayai terhadap satu konvoi kenderaan polis namun jumlah mangsa kebanyakannya rakyat tempatan yang berkumpul kerana cuti Jumaat. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan