Diktator Kejam Argentina, Videla Meninggal Dunia Di Penjara

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Jorge Videla
Jorge Videla

BUENOS AIRES: Jeneral Jorge Videla, diktator Argentina ketika kemuncak perang menentang aktivis berhaluan kiri pada pertengahan 1970, meninggal dunia pada Sabtu dalam tahanan di penjara.

Beliau berusia 87 tahun.

Videla melancarkan serangan kejam untuk menumpaskan kumpulan berhaluan kiri dan penyokong mereka sebaik mengambil alih kuasa Presiden pada 1976.

Dianggarkan lebih 30,000 orang diculik dan 'dilaporkan hilang' oleh pemerintah tentera ketika rejimnnya. Kebanyakan suspek pula ditahan di penjara rahsia, diseksa dan dibunuh.

Kali terakhir beliau tampil di khalayak umum pada Selasa apabila Videla, yang digulingkan pada 1981, memberitahu mahkamah bahawa pemimpin bawahannya yang menjalankan perintahnya dan ia adalah satu tanggungjawab ketenteraan bertindak untuk menentang pengganas di dalam negara.

Pada 2010, Videla dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah kerana 'kehilangan' 31 tahanan dan 50 tahun penjara pada 2012 kerana mencuri bayi yang dilahirkan banduan wanita.

Pada 1985, beliau didapati bersalah kerana menyalah guna kuasa ketika pemerintahannya tetapi mendapat pengampunan negara lima tahun kemudian oleh Presiden Carlos Menem ketika itu. Bagaimanapun, pada 2006 pengampunannya itu didapati menyalahi Perlembagaan Argentina dan kesnya dibuka semula untuk perbicaraan sehinggalah hari ini. - AP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan