Gunung Berapi di Alaksa Meletus - Berita Dunia | mStar

Gunung Berapi di Alaksa Meletus

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANCHORAGE: Gunung berapi di Alaska terus meletus dan mengeluarkan debu tebal serta pancutan lahar sehingga lebih 100 meter ke udara.

Pemerhati Gubung berapi Alaksa berkata, kepulan debu, wap dan gas dari Gunung Pavlof dapat dilihat kira-kira 6,090 meter dari aras laut dan bergerak ke tenggara.

Sementara itu, saintis Kajian Geologi Amerika Syarikat pula berkata, muntahan lahar itu adalah lebih 100 meter.

Penduduk yang menetap kira-kira 48 kilometer dari gunung terbabit turut nampak aktiviti di gunung berapi berkenaan. - AP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan