Pengedar Risalah Hasut Protes Bantah China Dihukum Penjara

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANOI, Vietnam: Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman terhadap dua pelajar yang juga aktivis dengan penjara antara enam dan lapan tahun atas kesalahan mengedarkan risalah menghasut orang ramai untuk melakukan demonstrasi bantahan terhadap China.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada Khamis yang merupakan kes bantahan terbaru dalam satu parti di negara kerajaan autoritarian itu.

Peguam, Nguyen Thanh Luong berkata, Nguyen Phuong Uyen dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, manakala Dinh Nguyen Kha menerima hukuman penjara lapan tahun.

Mereka ditahan di bandar Ho Chi Minh pada Oktober lalu kerana mengedarkan risalah yang menghasut orang ramai untuk mengadakan protes bagi membantah China yang membuat tuntutan terhadap Laut China Selatan. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan