Ejen CIA Ditahan Cuba Rekrut Perisik di Rusia

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Seorang ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) ditahan pihak berkuasa Rusia kerana cuba merekrut seorang ejen perisikan khas, di sini.

Menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), suspek membawa beberapa barangan untuk tujuan penyamaran termasuk duit dan peralatan teknikal ketika ditahan pihak berkuasa.

Suspek dikenal pasti sebagai Ryan Fogle yang bertugas di Kedutaan AS di sini.

Kedutaan AS, bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung penahanan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan