Berpuluh Terkorban Dalam Letupan Bom Di Sempadan Syria

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

REYHANLI (Turki): Bom kereta, pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 43 orang dan mencederakan 100 yang lain di sebuah bandar di Turki berhampiran sempadan Syria, dalam serangan yang dipersalahkan Ankara ke atas kumpulan pro-Damsyik.

Pengeboman adalah yang paling dahsyat di Turki, menurut seorang penyokong utama pembangkang Syria, sejak konflik bermula lebih dua tahun lalu.

Penyelamat telah memburu mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah oleh letupan di Reyhanli, salah satu hab utama di Turki untuk pelarian Syria dan pemberontak.

Lebih sepuluh buah ambulans dan beberapa penyelamat udara bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa, kata stesen televisyen NTV sambil menambah dewan bandar telah mengalami kerosakan besar.

Beberapa kereta rosak teruk dalam serangan yang menyebabkan bekalan kuasa terputus di kawasan sekitar Reyhanli, menurut media tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Besir Atalay berkata letupan telah membunuh sekurang-kurangnya 43 orang. Beberapa mangsa daripada 100 yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

"Orang-orang dan organisasi yang menjalankan serangan ini telah dikenal pasti," kata Menteri Dalam Negeri Muammer Guler memberitahu televisyen TRT.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan