Kilang Pakaian Runtuh: Jumlah Kematian Cecah 1,034 Orang

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA, Bangladesh: Jumlah kematian dalam tragedi runtuhan bangunan kilang pakaian yang berlaku lebih dua minggu lalu di luar ibu negara Bangladesh melebihi 1,000 orang pada Jumaat.

Pegawai berkata, sebanyak 1,034 mayat ditemui dari runtuhan bangunan kilang itu setakat pagi Jumaat.

Tiada tanda-tanda di mana bilangan kematian dimuktamadkan kerana lebih banyak mayat dijumpai.

Bagaimanapun, ia sudah dicatatkan sebagai tragedi industri pakaian yang mencatatkan jumlah kematian paling tinggi di dunia dan merupakan salah satu kemalangan dalam industri paling buruk. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan