Anak Bekas PM Pakistan Diculik

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MULTAN: Kekacauan politik di Pakistan yang bakal mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi berterusan apabila anak bekas bekas perdana menteri diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada hari terakhir kempen.

Ali Haider Gilani, yang merupakan calon Pakistan People's Party (PPP) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri di Punjab telah diculik selepas berlakunya insiden tembak menembak antara kumpulan lelaki bersenjata dengan pasukan kawalan keselamatannya di pinggir bandar ini.

Ali adalah anak kepada Yousuf Raza Gilani yang merupakan bekas perdana menteri dalam pentadbiran yang lalu.

Keluarga mereka adalah keluarga yang berpengaruh di wilayah Punjab.

Pihak polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, kumpulan bersenjaya itu datang dengan menunggang motosikal dan juga kenderaan lalu melepaskan tembakan ke arah konvoi Ali.

Polis turut memaklumkan yang setiausaha peribadi kepada Ali, Ghulam Mohiuddin terbunuh dalam kejadian itu.

Pilihan raya Pakistan akan berlangsung Sabtu ini.

Dalam pada itu abang sulung kepada Ali iaitu Ali Musa merayu para penculik memulangkan adiknya malam ini juga.

"Kami mahu saudara kami dikembalikan. Jika beliau tidak dikembalikan sehingga malam ini kami akan memastikan pilihan raya tidak akan dilangsungkan di kawasan kami," ujarnya.

PPP merupakan parti pemerintah sejak lima tahun yang lalu dan pilihan raya ini adalah yang pertama diadakan selepas kerajaan yang sah memenuhi tempoh perkhidmatannya tanpa sebarang gangguan rampasan kuasa atau percubaan merampas kuasa.

Pakistan terkenal dengan rampasan kuasa oleh pihak tentera.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan