Korea Utara Pindah Dua Roket dari Tapak Pelancaran

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Korea Utara dilaporkan sudah mengalihkan dua roket dari tapak pelancarannya di perairan timur negara itu, demikian menurut pegawai Amerika Syarikat pada Selasa.

Dengan perkembangan terbaru itu, ia menurunkan kebimbangan kemungkinan Pyongyang bersedia untuk mengadakan ujian nuklear dengan melancarkan dua misil berkenaan.

"Roket Musudan dilaporkan bersedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa namun mereka sudah mengalihkannya," katanya yang enggan namanya disiarkan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan