Australia Mahu Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia - Menteri Luar - Berita Dunia | mStar

Australia Mahu Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia - Menteri Luar

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Hubungan kukuh Australia dengan Malaysia akan berterusan, kata Menteri Luar Bob Carr hari ini selepas Barisan Nasional (BN) mengekal kuasa pada pilihan raya umum Malaysia ke-13 pada Ahad.

"Hubungan ini adalah sangat penting bagi kami," katanya kepada radio ABC. Carr berkata Australia tidak menghantar pemerhati pilihan raya ke Malaysia kerana ia tidak dijemput.

"Tanpa permintaan dari kerajaan Malaysia, bukan untuk Australia mengisytiharkan bahawa kami akan menghantar pasukan MP kami memantau tempat-tempat mengundi," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan