Ratu Beatrix Serah Takhta Kepada Anak Sulungnya

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Willem-Alexander, Ratu Beatrix dan Maxima melambai ke arah rakyat dari balkoni Istana Diraja.
Dari kiri: Willem-Alexander, Ratu Beatrix dan Maxima melambai ke arah rakyat dari balkoni Istana Diraja.

AMSTERDAM: Ratu Beatrix dari Belanda menyerahkan takhta kepada anak lelaki sulungnya, Willem-Alexander yang menjadi Raja pertama dalam tempoh 120 tahun di negara itu.

Ratusan ribu rakyat berkumpul di Dataran Dam Amsterdam sejak awal pagi Selasa menunggu majlis pemahsyuran Raja baru itu bersama isterinya, Ratu Maxima, apabila mereka melangkah ke balkoni di Istana Diraja.

Beatrix menitiskan air mata ketika memperkenalkan anaknya kepada khalayak ramai.

Beatrix yang memakai gaun berwarna ungu terang menandatangani dokumen penyerahan takhta di hadapan jemaah kabinet Belanda.

Willem-Alexander, 46, seorang pakar pengurusan air dijangka membawa sentuhan sistem pemerintahan beraja yang tidak terlalu formal bersama dengan isterinya, Maxima yang merupakan bekas pengurus pelaburan di sebuah bank dari Argentina.

Beatrix memilih untuk bersara selepas 33 tahun pemerintahannya, mengikut tradisi ibu dan neneknya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan