Rakyat Malaysia Mengundi di New York

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Sebahagian rakyat Malaysia di Amerika Syarikat melaksanakan tanggungjawab mengundi di bandar raya ini pada Ahad sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Proses pengundian yang berlangsung di dewan besar Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini berjalan lancar dan dalam tempoh dua jam, seramai 44 pengundi menunaikan tanggungjawab sejak pusat pengundian itu dibuka pada 9 pagi waktu tempatan.

Selain menetap di New York, terdapat juga kalangan pengundi tersebut datang dari beberapa negeri lain seperti Indiana, Boston dan Texas sama ada menaiki bas atau kapal terbang.

"Sambutan pengundi (untuk mengundi) menggalakkan," kata Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Bakri Syed Abdul Rahman. Seramai 10 pegawai dari Pejabat Konsul Jeneral dan Pewakilan Malaysia ke PBB memantau proses pengundian tersebut.

Tinjauan mendapati kebanyakan pengundi terdiri daripada pelajar ijazah sarjana dan merupakan pengundi kali kedua dan pernah mengundi di tanah air pada PRU12. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan