5 Penumpang Belon Udara Panas Ditemui, Dua Lagi Masih Hilang - Berita Dunia | mStar

5 Penumpang Belon Udara Panas Ditemui, Dua Lagi Masih Hilang

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIMA: Lima wanita yang menaiki belon udara panas ditemui selepas diselamatkan di Lautan Pasifik manakala anggota penyelamat masih mencari dua lelaki yang masih hilang, kata pegawai.

"Syukur kami dapat mengesan lima penumpang wanita dan kami sedang mencari dua lelaki yang hilang dan berharap mereka masih hidup," kata Menteri Dalam Negeri, Wilfredo Pedraza.

Sebelum ini, belon udara panas yang membawa tujuh orang dilaporkan hilang hari ini selepas tidak dapat dikesan ketika bersiar-siar di Lautan Pasifik selatan Lima, kata pemiliknya.

"Kami sedang mengkaji segala kemungkinan berkaitan kejadian ini, kami jangkakan belon itu terjatuh," kata Pengurus Globos Peru Sac, Luis Miguel Fernandez.

Beliau berkata, bakul yang dilekatkan bersama belon udara panas itu boleh terapung.

"Kami harap tujuh orang termasuk enam pelancong, kesemuanya warga tempatan selamat," katanya. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan