Insiden Bangunan Runtuh: Dua Pengurus Kilang Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Polis Bangladesh pada Sabtu menahan dua pengurus kilang berhubung insiden bangunan runtuh yang mengorbankan kira-kira 332 orang setakat ini.

Penahanan itu dibuat selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina berikrar untuk memburu dan menghukum mereka yang bertanggungjawab.

"Kami telah menahan Pengerusi, Bazlus Samad dan Pengarah Urusan, Mahmudur Rahaman Tapash yang kedua-duanya dari New Wave Buttons and New Wave Style," kata Timbalan Polis Dhaka, Shyaml Mukherjee.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat memberitahu operasi mencari semakin sukar ketika masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan Rana Plaza di pinggir Dhaka itu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan