Runtuhan di Dhaka: Jumlah Kematian Meningkat Kepada 175 Orang

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Sekurang-kurangya 175 pekerja kebanyakannya wanita terbunug apabila sebuah bangunan di Bangladesh runtuh.

Pasukan mencari dan penyelamat masih lagi berusaha mengesan mereka yang terperangkap dalam runtuhan itu berkata kebanyakkan mereka terperangkap di bawah timbunan runtuhan yang merupakan kilang dan pembekal pakaian borong negara Barat.

Insiden malang itu berlaku, selepas lima bulan sebuah kilang terbakar hingga menyebabkan 100 orang terbunuh, ia sekaligus memberi kesan kepada reputasi Bangladesh sebagai negara yang pembekal sumber bahan mentah yang murah terutamanya kepada negara Eropah dan Amerika Utara yang banyak membeli barang serta produk mereka di sana. Pasukan penyelamat mengorek kesan runtuhan bangunan lapan tingkat, Plazan Rana di Savar, 30 kilometer (20 batu) dari bandar Dhaka, yang runtuh pada Rabu.

Kira-kira 1,000 orang awam cedera dalam kejadian tersebut.

"Jumlah kematian dijangka meningkat kerana ramai yang masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan," kata Ketua Polis Daerah Dhaka, Habibur Rahman kepada Reuters.

Pihak berkuasa pembangunan bandar Dhaka pada Khamis memfailkan saman ke atas pemilik bangunan atas kecuaian pembinaan.

Mereka turut memfailkan kes terhadap pemilik lima kilang pakaian atas kesalahan menyebabkan kematian yang bertentangan dengan undang-undang, kata ketua polis, Rahman.

Presiden Persatuan Eksport dan Pengilang Pakaian Bangladesh (BGMEA) Mohammad Atiqul Islam berkata kira-kira, 3,122 pekerja berada di kilang berkenaan pada Rabu.

Beliau berkata pihak majlis perbandaran ada memberi laporan megenai keretakan yang dikesan di bangunan berkenaan sehari sebelum kejadian malang itu berlaku.

"Kami telah meminta syarikat pembuat pakaian menutup premis masing-masing untuk sementara waktu," kata Islam.

Bagaiamanapun, pemilik bangunan Rana Plaza memaklumkan keretakan yang berlaku di lima kilang pakaian tidak serius, kata Islam.

"Selepas mendapat lampu hijau daripad apemilik bangunan itu syarikat pembuat pakaian itu telah membuka kembali premis masing-masing," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap polis, Mohammad Asaduzzaman berkata pemilik premis enggan mengendahkan amaran tersebut dan mereka membenarkan pekerja masuk ke dalam bangunan selepas keretakan dikesan pada Selasa.

Laporan berita seluruh dunia menunjukkan pekerja wanita, ada sebahagiannya separuh sedar dibawa keluar daripada timbunan runtuhan oleh pasukan penyelamat dan anggota bomba.

Doktro di Hospital Dhaka berkata mereka tidak dapat merawat jumlah mangsa runtuhan yang terlalu ramai.

"Saya sedang bekerja di tingkat tiga, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat, namun saya tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Saya lari dan terlanggar sesuatu dikepala saya," kata Zohra Begum seorang pekerja kilang.

Sebelum Bangunan Rana Plaza runtuh, kilang Tazreen Fesyen di kawasan pedalaman Dhaka terbakar November tahun lalu dan menyebabkan 112 orang terbunuh dan satu lagi insiden berlaku Januari lalu di sebuah kilang menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Insiden yang berlaku menyebabkan timbul rasa bimbang mengenai tahap keselamatan pekerja dan gaji yang rendah di Bangladesh.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan