Angka Korban Bangunan Runtuh Di Bangladesh Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAVAR (Bangladesh): Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan di Bangladesh meningkat kepada 159 pada Khamis.

Pasukan penyelamat masih bekerja keras menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Wali Asraf yang merupakan pegawai kanan di bilik kawalan bencana berkata, pasukan penyelamat berhati-hati menggali sisa runtuhan untuk menarik keluar mangsa yang terperangkap.

Lebih 1,000 orang turut cedera apabila bangunan lapan tingkat yang menempatkan beberapa kilang dan sebuah pasar raya di pinggir Dhaka itu runtuh pada Rabu.

“Seluruh bangunan kilang tiba-tiba runtuh dalam hanya beberapa minit. Kebanyakan pekerja tidak sempat melarikan diri,” kata ketua jabatan bomba dan penyelamat, Ahmed Ali.

“Ketika ini, usaha menyelamat masih diteruskan berikutan terdengar suara mangsa yang menangis dan menjerit meminta tolong,” katanya. - AFP

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan