Myanmar Beri Pengampunan Kepada Tahanan Politik

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YANGON: Kerajaan Myanmar pada Selasa mengampunkan berpuluh-puluh tahanan politik, sehari selepas Kesatuan Eropah bersetuju menamatkan hampir semua sekatan yang dikenakan ke atas negara ini.

Penolong Persatuan Tahanan Politik Myanmar, Bo Kyi berkata, seramai 59 tahanan politik telah dibebaskan menerusi pengampunan kerajaan itu.

Menurutnya, seramai 40 bekas pemberontak dari negeri Shan yang dipenjara kerana menyeludup dadah turut dibebaskan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan